Disediakan bagi orang kafir pada hari kiamat sekadar 50,000 tahun

TEKS BAHASA ARAB

ينصب للكافر يوم القيامة مقدار خمسين ألف سنة، وإن الكافر ليرى جهنم ويظن أنها مواقعته من مسيرة أربعين سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Disediakan bagi orang kafir pada hari kiamat sekadar 50,000 tahun, orang kafir akan melihat neraka Jahanam dan percaya bahawa mereka akan memasukinya selama perjalanan sepanjang 40 tahun.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 692, hadis nombor 3557. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: ((‌ينصب للكافر يوم القيامة مقدار خمسين ألف سنة، وإن الكافر ليرى جهنم ويظن أنها مواقعته من مسيرة أربعين سنة)). [حب، ((الضعيفة)) (٦٤٩٠)]

(Lemah) Daripada Abū Hurairah RA daripada Nabi SAW bahawa baginda bersabda: Disediakan bagi orang kafir pada hari kiamat sekadar 50,000 tahun, orang kafir akan melihat neraka Jahanam dan percaya bahawa mereka akan memasukinya selama perjalanan sepanjang 40 tahun. [Riwayat Ibn Ḥibbān dalam Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6490]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs