Disebutkan tentang Al-Kanud (Kedekut) kepada Nabi SAW

TEKS BAHASA ARAB

ذكر النبي صلى الله عليه وسلم الكنود: الذي يأكل وحده ويمنع رفده ويضرب عبده

TEKS BAHASA MALAYSIA

Disebutkan tentang Al-Kanud (kedekut) kepada Nabi SAW. Baginda bersabda: Orang yang kedekut itu ialah seseorang yang makan bersendirian, menahan diri dari memberi dan memukul hambanya.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 896, hadis nombor 4591. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة رضي الله عنه قال: ذكر النبي صلى الله عليه وسلم الكنود: الذي يأكل وحده ويمنع رفده ويضرب عبده.[طب, ابن جرير, الضعيفة (5833)]

(Sangat lemah) Daripada Abu Umamah RA, beliau berkata: Disebutkan tentang Al-Kanud (kedekut) kepada Nabi SAW. Baginda bersabda: Orang yang kedekut itu ialah seseorang yang makan bersendirian, menahan diri dari memberi dan memukul hambanya. [Al-Tabrani di dalam Mu’jam Al-Kabir, Ibn Al-Jarir. Al-Dha’ifah, no 5833].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.