Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Disebutkan mengenai orang Ajam (orang bukan berbangsa Arab) pada Rasulullah SAW

Teks Bahasa Arab

ذُكِرتِ الأعاجمُ عندَ رسولِ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ . ((لأَنا بِهِم أو ببعضِهِم أوثَقُ منِّي بِكُم أو ببعضكم)).

Teks Bahasa Melayu

Disebutkan mengenai orang Ajam (orang bukan berbangsa Arab) pada Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Bagi aku, mereka atau sebahagian dari mereka lebih dipercayai berbanding kalian atau sebahagian dari kalian."

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1871, hadis no. 9482. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: ذكرت الأعاجم عند رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لأنا بهم أو ببعضهم، أوثق مني بكم، أو ببعضكم)).[ت، الطيالسي، ((الضعيفة)) (4862)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata, disebutkan mengenai orang Ajam (orang bukan berbangsa Arab) pada Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Bagi aku, mereka atau sebahagian dari mereka lebih dipercayai berbanding kalian atau sebahagian dari kalian." [Riwayat al-Tirmidzi dan al-Tayalisi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4862]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.