Disebut orang-orang Sudan di hadapan Rasulullah SAW

TEKS BAHASA ARAB

ذكر السودان عند رسول اللہ ﷺ فقال: «دعوني من السودان، إنما الأسود لبطنه وفرجه».

TEKS BAHASA MALAYSIA

Disebut orang-orang Sudan di hadapan Rasulullah SAW lalu baginda bersabda: “Jauhkan aku dari orang-orang Sudan. Sesungguhnya orang berkulit hitam itu (hidup) untuk perut dan farajnya."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1787, hadis nombor 8998. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما -، قال: ذكر السودان عند رسول اللہ ﷺ فقال: «دعوني من السودان، إنَّما الأسود لبطنه وفرجه». [طب، خط، الضعيفة» (727)].

(Palsu) Daripada Ibnu Abbas RA berkata: Disebut orang-orang Sudan di hadapan Rasulullah SAW lalu baginda bersabda: “Jauhkan aku dari orang-orang Sudan. Sesungguhnya orang berkulit hitam itu (hidup) untuk perut dan farajnya." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 727]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.