Daif

30/06/2024

minit bacaan



Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, berpuasalah pada bulan Ramadan

Teks Bahasa Arab

أقمِ الصلاةَ، وأدِّ الزكاةَ، وصمْ رمضانَ، وحُجَّ البيتَ، واعتمرْ، وبَرَّ والديكَ، وصِلْ رَحِمَكَ، واقْرِ الضيفَ، وأْمُرْ بالمعروفِ، وانهَ عنِ المنكرِ، وزُلْ معَ الحقِّ حيثُ زالَ.

Teks Bahasa Melayu

Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, berpuasalah pada bulan Ramadan, berhajilah di Baitullah dan laksanakanlah umrah, berbuat baiklah kepada kedua ibubapa kamu, hubungkanlah ikatan kekeluargaan kamu, muliakanlah tetamu kamu, ajaklah berbuat baik, dan cegahlah kemungkaran, dan bersamalah kamu dengan kebenaran di mana ia berada.

Sahabat Perawi

  1. Mukhawwal al-Bahzī RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 45, hadis no. 180. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن مخول البهزي - رضي الله عنه -، قال: قلت: يا رسول الله! أوصني، قال: ((أقم الصلاة، وأد الزكاة، وصم رمضان، وحج البيت، واعتمر، وبر والديك، وصل رحمك، وأقر الضيف، أمر بالمعروف، وانه عن المنكر، وزل مع الحق حيث زال)). [تخ، ع، طب، ك، حب، أبو يعلى في ((المفاريد))، ((الضعيفة)) (2869)]

(Daif) Daripada Mukhawwal al-Bahzī RA berkata: Aku telah berkata: "Wahai Rasulullah, nasihatilah aku." Baginda SAW telah bersabda: "Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, berpuasalah pada bulan Ramadan, berhajilah di Baitullah dan laksanakanlah umrah, berbuat baiklah kepada kedua ibubapa kamu, hubungkanlah ikatan kekeluargaan kamu, muliakanlah tetamu kamu, ajaklah berbuat baik, dan cegahlah kemungkaran, dan bersamalah kamu dengan kebenaran di mana ia berada". [Riwayat al-Bukhārī dalam Tārikh al-Kabīr, Abū Ya‘lā dalam al-Mafārīd, Ibn Ḥibbān dalam Ṣaḥīḥnya, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2869]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.