Dirikanlah solat Subuh dan juga solat Dhuha

TEKS BAHASA ARAB

صل الصبح، والضحى؛ فإنها صلاة الأوابين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dirikanlah solat Subuh dan juga solat Dhuha; kerana ia merupakan solat golongan al-Awwabin (golongan yang taat kepada Allah dan rajin bertaubat kepada-Nya).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 283, hadis nombor 1477. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((صل الصبح، والضحى؛ فإنها صلاة الأوابين)).
[عق، عد، أبو عبدلله الصاعدي في ((السداسيات))، زاهد بن طاهر في ((سداسياته))، ((الضعيفة)) (3773)]

(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dirikanlah solat Subuh dan juga solat Dhuha; kerana ia merupakan solat golongan al-Awwabin (golongan yang taat kepada Allah dan rajin bertaubat kepada-Nya).
[Riwayat al-Dhu’afa’ al-Kabir oleh al-’Uqaili, al-Kamil Fi al-Dhu’afa’ oleh Ibn 'Adi, al-Tsudasiyaat oleh Abu ‘Abdillah Al-So’idi dan Zahid bin Tahir dalam Sudasiyyatnya. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3773]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs