Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
صَلِّ الصُّبْحَ، والضُّحَى؛ فإنها صلاةُ الأوابينَ.
Teks Bahasa Melayu
Dirikanlah solat Subuh dan juga solat Dhuha; kerana ia merupakan solat golongan al-Awwabin (golongan yang taat kepada Allah dan rajin bertaubat kepada-Nya).
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 283, hadis no. 1477. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((صل الصبح، والضحى؛ فإنها صلاة الأوابين)). [عق، عد، أبو عبدلله الصاعدي في ((السداسيات))، زاهد بن طاهر في ((سداسياته))، ((الضعيفة)) (3773)]
(Daif) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dirikanlah solat Subuh dan juga solat Dhuha; kerana ia merupakan solat golongan al-Awwabin (golongan yang taat kepada Allah dan rajin bertaubat kepada-Nya). [Riwayat al-Dhu’afa’ al-Kabir oleh al-’Uqaili, al-Kamil Fi al-Dhu’afa’ oleh Ibn 'Adi, al-Tsudasiyaat oleh Abu ‘Abdillah Al-So’idi dan Zahid bin Tahir dalam Sudasiyyatnya. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3773]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman