Dirikanlah solat Dhuha sebanyak dua rakaat dengan dua surahnya: (surah) al-Syams dan al-Dhuha

TEKS BAHASA ARAB

صلوا ركعتي الضحى بسورتيها: (والشمس وضحاها)، و (الضحى).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dirikanlah solat Dhuha sebanyak dua rakaat dengan dua surahnya: (surah) al-Syams dan al-Dhuha.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 284, hadis nombor 1478. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عقبة بن عامر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((صلوا ركعتي الضحى بسورتيها: (والشمس وضحاها)، و (الضحى))).
[الرياني، فر، ((الضعيفة)) (3774)]

(Palsu) Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dirikanlah solat Dhuha sebanyak dua rakaat dengan dua surahnya: (surah) al-Syams dan al-Dhuha.
[Riwayat al-Ruyani dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3774]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs