Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الدِّرهمَ يصيبُه الرَّجلُ من الرِّبا؛ أعظمُ عند اللَّهِ من ثلاثة وثلاثين زَنيةً يَزنيها في الإسلام.
Teks Bahasa Melayu
Dirham yang diterima oleh seseorang daripada hasil riba lebih dahsyat di sisi Allah daripada 33 kali zina di dalam Islam.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Salam RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 639, hadis no. 3310. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا التام) عن عبد الله بن سلام -رضي الله عنه-، قال: قال ﷺ: «الدرهم يصيبه الرجل من الربا؛ أعظم عند الله من ثلاثة وثلاثين زنية يزنيها في الإسلام». [طب، «الضعيفة» (6758)].
(Munkar dengan lafaz lengkap ini) Daripada Abdullah bin Salam RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Dirham yang diterima oleh seseorang daripada hasil riba lebih dahsyat di sisi Allah daripada 33 kali zina di dalam Islam.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6758]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman