TEKS BAHASA ARAB
الدرهم يصيبه الرجل من الربا؛ أعظم عند الله من ثلاثة وثلاثين زنية يزنيها في الإسلام.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Dirham yang didapati oleh seorang lelaki hasil daripada riba, ia lebih dahsyat di sisi Allah daripada 33 perbuatan zina yang dilakukan olehnya di dalam Islam.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 823, hadis nombor 4232. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا التمام) عن عبد الله بن سلام –رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((الدرهم يصيبه الرجل من الربا؛ أعظم عند الله من ثلاثة وثلاثين زنية يزنيها في الإسلام)).
[طب، ((الضعيفة)) (6758)]
(Munkar dengan lafaz lengkap ini) Daripada Abdullah bin Salam RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dirham yang didapati oleh seorang lelaki hasil daripada riba, ia lebih dahsyat di sisi Allah daripada 33 perbuatan zina yang dilakukan olehnya di dalam Islam.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6758]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.