Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
درهمُ الرَّجلِ يُنفقُ في صحَّتِه خيرٌ من عتقِ رقبةٍ عند موتِه .
Teks Bahasa Melayu
Dirham seorang lelaki yang diinfaq semasa ia sihat lebih baik dari membebaskan hamba ketika kematiannya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 879, hadis no. 4504. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة-رضي الله عنه- مرفوعا: (درهم الرجل ينفق في صحته خير من عتق رقبة عند موته) [فر، ((الضعيفة)) (3595)]
(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dirham seorang lelaki yang diinfaq semasa ia sihat lebih baik dari membebaskan hamba ketika kematiannya. [Riwayat Al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3595]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman