Dirham dan dinar pula adalah taman bagi orang munafik

TEKS BAHASA ARAB

الموت تحفة المؤمن، والدرهم والدينار ربيع المنافق، وهما زاداه إلى النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kematian itu suatu yang sangat berharga buat orang beriman. Dirham dan dinar pula adalah taman bagi orang munafik, bahkan kedua-dua perkara itu (dirham dan dinar) menjadi bekalannya ke neraka.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 709, hadis nombor 3625. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن جابر بن عبدالله رضي الله عنهما، قال: قال ﷺ: الموت تحفة المؤمن، والدرهم والدينار ربيع المنافق، وهما زاداه إلى النار.
[ابن الجوزي في ((العلل))، فر، ((الضعيفة)) (6891)].

(Sangat Lemah)
Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Kematian itu suatu yang sangat berharga buat orang beriman. Dirham dan dinar pula adalah taman bagi orang munafik, bahkan kedua-dua perkara itu (dirham dan dinar) menjadi bekalannya ke neraka.
[Riwayat Ibn al-Jawzi dalam al-'Ilal, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6891].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs