Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الموتُ تُحْفَةُ المؤمنِ، والدرهمُ والدِّيَنارُ ربيعُ المنافقِ، وهما زادُهُ إلى النارِ.
Teks Bahasa Melayu
Kematian itu suatu yang sangat berharga buat orang beriman. Dirham dan dinar pula adalah taman bagi orang munafik, bahkan kedua-dua perkara itu (dirham dan dinar) menjadi bekalannya ke neraka.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 709, hadis no. 3625. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Lemah) Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Kematian itu suatu yang sangat berharga buat orang beriman. Dirham dan dinar pula adalah taman bagi orang munafik, bahkan kedua-dua perkara itu (dirham dan dinar) menjadi bekalannya ke neraka. [Riwayat Ibn al-Jawzi dalam al-'Ilal, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6891].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman