Dipermudahkan urusan akhirat dan disukarkan urusan duniawi

TEKS BAHASA ARAB

إذا رأيت كلما طلبت شيئا من أمر الآخرة وابتغيته يسر لك، وإذا رأيت شيئا من أمر الدنيا وابتغيته عسر عليك؛ فاعلم أنك على حال حسنة، وإذا رأيت كلما طلبت شيئا من الآخرة وابتغيته عسر عليك، وإذا طلبت شيئا من أمر الدنيا وابتغيته يسر لك؛ فأنت على حال قبيحة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap kali apabila kamu mencari sesuatu urusan akhirat dan kamu menginginkannya, dipermudahkannya untukmu dan apabila kamu melihat sesuatu daripada urusan dunia dan kamu menginginkannya, disulitkan kepada kamu, maka ketahuilah bahawa engkau berada dalam keadaan baik. Dan apabila setiap kali kamu mencari sesuatu urusan akhirat dan menginginkannya, disulitkan kepada kamu dan apabila kamu mencari sesuatu daripada urusan dunia dan kamu menginginkannya, dipermudahkan untuk kamu, maka kamu berada dalam keadaan buruk.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1436, hadis nombor 7298. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن سعيد بن أبي سعيد أن رجلا، قال: يا رسول الله! كيف لي أن أعلم كيف أنا؟ قال: إذا رأيت كلما طلبت شيئا من أمر الآخرة وابتغيته يسر لك، وإذا رأيت شيئا من أمر الدنيا وابتغيته عسر عليك؛ فاعلم أنك على حال حسنة، وإذا رأيت كلما طلبت شيئا من الآخرة وابتغيته عسر عليك، وإذا طلبت شيئا من أمر الدنيا وابتغيته يسر لك؛ فأنت على حال قبيحة.
[ابن المبارك، ((الضعيفة)) (2528)]

(Lemah)
Daripada Sa’id bin Abi Sa’id bahawa seorang lelaki telah berkata: Wahai Rasulullah! Bagaimana untukku ketahui keadaanku? Baginda menjawab: Setiap kali apabila kamu mencari sesuatu urusan akhirat dan kamu menginginkannya, dipermudahkannya untukmu dan apabila kamu melihat sesuatu daripada urusan dunia dan kamu menginginkannya, disulitkan kepada kamu, maka ketahuilah bahawa engkau berada dalam keadaan baik. Dan apabila setiap kali kamu mencari sesuatu urusan akhirat dan menginginkannya, disulitkan kepada kamu dan apabila kamu mencari sesuatu daripada urusan dunia dan kamu menginginkannya, dipermudahkan untuk kamu, maka kamu berada dalam keadaan buruk.
[Riwayat Ibn al-Mubarak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2528]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs