Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا رأيتَ كلما طلبتَ شيئًا من أمرِ الآخرةِ، وابتغيتَه يُسِّر لك، وإذا رأيتَ شيئًا من أمرِ الدنيا وابتغيتَه عُسِّرَ عليك، فاعلمْ أنك على حالٍ حَسَنَةٍ، وإذا رأيتَ كلما طلبتَ شيئًا من أمرِ الآخرةِ وابتغيتَه عُسِّرَ عليك، وإذا طلبتَ شيئًا من أمرِ الدنيا وابتغيتَه يُسِّر لك، فأنت على حالٍ قبيحةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Setiap kali apabila kamu mencari sesuatu urusan akhirat dan kamu menginginkannya, dipermudahkannya untukmu dan apabila kamu melihat sesuatu daripada urusan dunia dan kamu menginginkannya, disulitkan kepada kamu, maka ketahuilah bahawa engkau berada dalam keadaan baik. Dan apabila setiap kali kamu mencari sesuatu urusan akhirat dan menginginkannya, disulitkan kepada kamu dan apabila kamu mencari sesuatu daripada urusan dunia dan kamu menginginkannya, dipermudahkan untuk kamu, maka kamu berada dalam keadaan buruk.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1436, hadis no. 7298. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سعيد بن أبي سعيد أن رجلا، قال: يا رسول الله! كيف لي أن أعلم كيف أنا؟ قال: إذا رأيت كلما طلبت شيئا من أمر الآخرة وابتغيته يسر لك، وإذا رأيت شيئا من أمر الدنيا وابتغيته عسر عليك؛ فاعلم أنك على حال حسنة، وإذا رأيت كلما طلبت شيئا من الآخرة وابتغيته عسر عليك، وإذا طلبت شيئا من أمر الدنيا وابتغيته يسر لك؛ فأنت على حال قبيحة. [ابن المبارك، ((الضعيفة)) (2528)]
(Lemah) Daripada Sa'id bin Abi Sa'id bahawa seorang lelaki telah berkata: Wahai Rasulullah! Bagaimana untukku ketahui keadaanku? Baginda menjawab: Setiap kali apabila kamu mencari sesuatu urusan akhirat dan kamu menginginkannya, dipermudahkannya untukmu dan apabila kamu melihat sesuatu daripada urusan dunia dan kamu menginginkannya, disulitkan kepada kamu, maka ketahuilah bahawa engkau berada dalam keadaan baik. Dan apabila setiap kali kamu mencari sesuatu urusan akhirat dan menginginkannya, disulitkan kepada kamu dan apabila kamu mencari sesuatu daripada urusan dunia dan kamu menginginkannya, dipermudahkan untuk kamu, maka kamu berada dalam keadaan buruk. [Riwayat Ibn al-Mubarak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2528]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman