Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Dinar dan dirham merupakan cop-cop mohor Allah di bumi-Nya

Teks Bahasa Arab

الدَّنانِيرُ وَالدَّراهِمُ خَوَاتِيمُ الله فِي أرْضِهِ مَنْ جاءَ بِخاتَمِ مَوْلاهُ قُضِيَتْ حاجَتُهُ.

Teks Bahasa Melayu

Dinar dan dirham merupakan cap-cap mohor Allah di bumi-Nya, sesiapa yang datang dengan membawa cap mohor tuannya, maka akan diselesaikan hajatnya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 37, hadis no. 186. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Hadith ini bukan daripada kalam Nabi SAW. Al-Tusi turut meriwayatkannya dalam Amali beliau daripada al-Baqir melalui kata-kata beliau. Al-Suqli turut meriwayatkannya dalam 'Awali beliau daripada Ibn Wahb melalui kata-kata beliau. Namun, kebanyakannya melalui kata-kata al-Baqir, lalu perawi-perawi dha'if telah meriwayatkannya secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW).

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.