TEKS BAHASA ARAB
رأيت المقدام بن معدي كرب جالساً في السوق، وجارية له تبيع لبناً، وهو جالسُ يأخذ الدراهم، فقيل له في ذلك؟ فقال: ((إذا كان في آخر الزمان لابد للناس فيها من الدراهم والدنانير يقيم الرجل بها دينه ودنياه)).
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku melihat al-Miqdam bin Ma’di Karib sedang duduk di pasar, hambanya menjual susu dan dia (al-Miqdam) ketika itu sedang duduk dan mengambil wang dirham (hasil jualan) lalu dikatakan kepadanya tentang itu (soal dia berada di pasar demi wang). Lalu dia berkata: “Jika datang akhir zaman, maka manusia memerlukan dirham dan juga dinar supaya dapat menegakkan agamanya dan dunianya.”
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 635, hadis nombor 3294. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن حبيب بن عبيد، قال: رأيت المقدام بن معدي كرب جالساً في السوق، وجارية له تبيع لبناً، وهو جالسُ يأخذ الدراهم، فقيل له: في ذلك؟ فقال: ((إِذَا كَانَ فِي آخِرِ الزَّمَانِ؛ لَابُدَّ لِلنَّاسِ فِيهَا مِنَ الدَّرَاهِمِ وَالدَّنَانِيرِ؛ يُقِيمُ الرَّجُلُ بِهَا دِينَهُ وَدُنْيَاهُ)). [طب، ((الضعيفة)) (6997)].
(Munkar)
Daripada Habib bin Ubaid berkata: Aku melihat al-Miqdam bin Ma’di Karib sedang duduk di pasar, hambanya menjual susu dan dia (al-Miqdam) ketika itu sedang duduk dan mengambil wang dirham (hasil jualan) lalu dikatakan kepadanya tentang itu (soal dia berada di pasar demi wang). Lalu dia berkata: “Jika datang akhir zaman, maka manusia memerlukan dirham dan juga dinar supaya dapat menegakkan agamanya dan dunianya.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6997].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.