Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رأيت المقدام بن معدي كرب جالساً في السوق، وجارية له تبيع لبناً، وهو جالسُ يأخذ الدراهم، فقيل له في ذلك؟ فقال: ((إِذَا كَانَ فِي آخِرِ الزَّمَانِ؛ لَا بُدَّ لِلنَّاسِ فِيهَا مِنَ الدَّرَاهِمِ وَالدَّنَانِيرِ؛ يُقِيمُ الرَّجُلُ بِهَا دِينَهُ وَدُنْيَاهُ)).
Teks Bahasa Melayu
Aku melihat al-Miqdam bin Ma’di Karib sedang duduk di pasar, hambanya menjual susu dan dia (al-Miqdam) ketika itu sedang duduk dan mengambil wang dirham (hasil jualan) lalu dikatakan kepadanya tentang itu (soal dia berada di pasar demi wang). Lalu dia berkata: “Jika datang akhir zaman, maka manusia memerlukan dirham dan juga dinar supaya dapat menegakkan agamanya dan dunianya.”
Sahabat Perawi
- Habib bin Ubaid
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 635, hadis no. 3294. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن حبيب بن عبيد، قال: رأيت المقدام بن معدي كرب جالساً في السوق، وجارية له تبيع لبناً، وهو جالسُ يأخذ الدراهم، فقيل له: في ذلك؟ فقال: ((إِذَا كَانَ فِي آخِرِ الزَّمَانِ؛ لَابُدَّ لِلنَّاسِ فِيهَا مِنَ الدَّرَاهِمِ وَالدَّنَانِيرِ؛ يُقِيمُ الرَّجُلُ بِهَا دِينَهُ وَدُنْيَاهُ)). [طب، ((الضعيفة)) (6997)].
(Munkar) Daripada Habib bin Ubaid berkata: Aku melihat al-Miqdam bin Ma’di Karib sedang duduk di pasar, hambanya menjual susu dan dia (al-Miqdam) ketika itu sedang duduk dan mengambil wang dirham (hasil jualan) lalu dikatakan kepadanya tentang itu (soal dia berada di pasar demi wang). Lalu dia berkata: “Jika datang akhir zaman, maka manusia memerlukan dirham dan juga dinar supaya dapat menegakkan agamanya dan dunianya.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6997].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman