Dinar dan dirham adalah cop mohor Allah di buminya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: الدينار والدرهم خواتم الله في أرضه من جاء بخاتم الله قضيت حاجته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Dinar dan dirham adalah cop mohor Allah di bumi. Sesiapa yang datang dengan cop mohor Allah, hajatnya akan tertunai.

STATUS

Bukan Hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 154, hadis nombor 53. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره في المقاصد ونسبه إلى الطبراني.

Al-Sakhawi menyebutnya di dalam kitabnya al-Maqasid dan dia menisbahkannya kepada riwayat al-Tabarani.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs