Daif

30/06/2024

minit bacaan



Dimansuhkan buku-buku amalan penduduk bumi

Teks Bahasa Arab

تنسخُ دواوينُ أهلِ الأرضِ في دواوينِ أهلِ السماءِ كلَّ اثنينِ وخميسٍ، فيغفرُ لكلِّ مسلمٍ لا يشرك باللهِ شيئًا؛ إلا رجلٌ بينهُ وبينَ أخيهِ شحناءُ.

Teks Bahasa Melayu

Dimansuhkan buku-buku amalan penduduk bumi pada buku-buku penduduk langit pada setiap hari Isnin dan Khamis. Lalu diampunkan semua umat Islam yang tidak mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu, kecuali seorang lelaki (yang) antara dia dengan saudaranya bermusuhan.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 97, hadis no. 501. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: تنسخ دواوين أهل الأرض في دواوين أهل السماء كل اثنين وخميس، فيغفر لكل مسلم لا يشرك بالله شيئاً؛ إلا رجل بينه وبين أخيه شحناء. [طس، السهمي، ((الضعيفة)) (5275)]

(Daif) Daripada Abū Hurayrah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dimansuhkan buku-buku amalan penduduk bumi pada buku-buku penduduk langit pada setiap hari Isnin dan Khamis. Lalu diampunkan semua umat Islam yang tidak mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu, kecuali seorang lelaki (yang) antara dia dengan saudaranya bermusuhan. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, al-Sahmī dalam Tārīkh al-Jirjān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5275]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.