Dimanakah orang-orang yang reda dengan takdir?

TEKS BAHASA ARAB

أين الراضون بالمقدور؟ أين الساعون للمشكور؟ عجبت لمن يؤمن بدار الخلود؛ كيف يسعى لدار الغرور؟!

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dimanakah orang-orang yang reda dengan takdir? Di manakah orang-orang yang berusaha bagi sesuatu yang disyukuri? Aku berasa hairan dengan orang yang beriman dengan negeri abadi (akhirat), bagaimanakah dia boleh berusaha keras di dalam negeri yang penuh tipu daya (dunia)?!

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2063 hadis nombor 10367. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عمرو بن مرة، قال: خرج النبي صلى الله عليه وسلم إلى أصحابه فقال: أين الراضون بالمقدور؟ أين الساعون للمشكور؟ عجبت لمن يؤمن بدار الخلود؛ كيف يسعى لدار الغرور؟!
[وكيع، هناد، حل، ((الضعيفة)) (7136)]

(Lemah)
Daripada ‘Amr bin Murrah, beliau berkata: Nabi SAW keluar menuju kepada para sahabatnya seraya bersabda: Di manakah orang-orang yang reda dengan takdir? Di manakah orang-orang yang berusaha bagi sesuatu yang disyukuri? Aku berasa hairan dengan orang yang beriman dengan negeri abadi (akhirat), bagaimanakah dia boleh berusaha keras di dalam negeri yang penuh tipu daya (dunia)?!
[Riwayat Wakī’ dalam Kitab al-Zuhd, Hanād dalam al-Zuhd dan Abū Nu‘aim dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7136]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs