Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أينَ الرَّاضونَ بالمقدورِ؟ أينَ السَّاعونَ للمشكورِ؟ عجبتُ لمن يُؤْمِنُ بدارِ الخلودِ، كيفَ يَسعى لدارِ الغرورِ؟!
Teks Bahasa Melayu
Dimanakah orang-orang yang reda dengan takdir? Di manakah orang-orang yang berusaha bagi sesuatu yang disyukuri? Aku berasa hairan dengan orang yang beriman dengan negeri abadi (akhirat), bagaimanakah dia boleh berusaha keras di dalam negeri yang penuh tipu daya (dunia)?!
Sahabat Perawi
- Amr bin Murrah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2063, hadis no. 10367. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عمرو بن مرة، قال: خرج النبي صلى الله عليه وسلم إلى أصحابه فقال: أين الراضون بالمقدور؟ أين الساعون للمشكور؟ عجبت لمن يؤمن بدار الخلود؛ كيف يسعى لدار الغرور؟! [وكيع، هناد، حل، ((الضعيفة)) (7136)]
(Lemah) Daripada ‘Amr bin Murrah, beliau berkata: Nabi SAW keluar menuju kepada para sahabatnya seraya bersabda: Di manakah orang-orang yang reda dengan takdir? Di manakah orang-orang yang berusaha bagi sesuatu yang disyukuri? Aku berasa hairan dengan orang yang beriman dengan negeri abadi (akhirat), bagaimanakah dia boleh berusaha keras di dalam negeri yang penuh tipu daya (dunia)?! [Riwayat Wakī’ dalam Kitab al-Zuhd, Hanād dalam al-Zuhd dan Abū Nu‘aim dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7136]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman