Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Dimaksudkan pakaian syuhrah (kemasyhuran) bagi pakaian yang pendek

Teks Bahasa Arab

الشُّهْرَةُ فِي قِصَرِ الثِّيَابِ.

Teks Bahasa Melayu

Dimaksudkan pakaian syuhrah (kemasyhuran) bagi pakaian yang pendek.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 49, hadis no. 189. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس بحديث وجاء عن معمر قال رأيت قميص أيوب السختياني يكاد يلئم الأرض فسألته عن ذلك فقال إن الشهرة فيما مضى كانت في تذليل القميص وإنها اليوم في تشميره.

Ia bukan hadith. Diriwayatkan daripada Ma'mar, katanya: Aku pernah melihat pakaian Ayyub al-Sikhtiyani, ia hampir menyentuh tanah, lalu aku bertanya kepadanya tentang itu. Ayyub menjawab: "Pakaian syuhrah pada waktu dahulu adalah pada pakaian yang berjela, namun hari ini pakaian syuhrah adalah pada menyinsing pakaian".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.