Dimakbulkan doa orang yang dizalimi selagi mana orang yang mezaliminya tidak lebih ramai daripadanya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: يستحاب للمظلومين ما لم ليكونوا أكثر من الظالمين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Dimakbulkan doa orang yang dizalimi selagi mana orang yang mezaliminya tidak terlebih ramai darinya, sekiranya orang yang dizalimi lebih ramai daripada mereka, maka tidak dimakbulkan doanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 211, hadis nombor 20. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وفي إسناده: وضاع.

Pada sanad hadith: terdapat pereka hadith.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs