Diluaskan tempat duduk di majlis-majlis untuk tiga golongan ini

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا توسع المجالس إلا لثلاثة: لذي علم لعلمه، ولذي سن لسنه، ولذي سلطان لسلطانه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah diluaskan tempat duduk di majlis-majlis melainkan untuk tiga golongan iaitu; untuk orang yang memiliki ilmu kerana ilmunya, untuk orang tua kerana umurnya, dan untuk orang yang mempunyai kuasa kerana kekuasaannya.

STATUS

Shaz

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1299, hadis nombor 6646. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا توسع المجالس إلا لثلاثة: لذي علم لعلمه، ولذي سن لسنه، ولذي سلطان لسلطانه.
[الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، هب، فر، ((الضعيفة)) (6809)].

(Shaz)
Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Tidaklah diluaskan tempat duduk di majlis-majlis melainkan untuk tiga golongan iaitu; untuk orang yang memiliki ilmu kerana ilmunya, untuk orang tua kerana umurnya, dan untuk orang yang mempunyai kuasa kerana kekuasaannya.
[Riwayat al-Khara`itiy dalam Makarim al-Akhlaq, Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan, al-Bayhaqi dalam Shu'ab al-Iman, al-Daylami dalam al-Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6809].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.