Diletakkan tempoh untuk wanita-wanita nifas adalah selama 40 hari

TEKS BAHASA ARAB

وقت للنفساء أربعون يوما؛ إلا أن ترى الطهر قبل ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Diletakkan tempoh untuk wanita-wanita nifas adalah selama 40 hari kecuali jika dia kelihatan sudah suci sebelum itu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1219, hadis nombor 6207. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أنس رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: وقت للنفساء أربعون يوما؛ إلا أن ترى الطهر قبل ذلك.
[هـ، قط، ع، عد، ((الضعيفة)) (5653)].

(Sangat lemah)
Daripada Anas RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Diletakkan tempoh untuk wanita-wanita nifas adalah selama 40 hari kecuali jika dia kelihatan sudah suci sebelum itu.
[Riwayat Ibn Majah, al-Daraqutni, Abu Ya'la, Ibn 'Adiy. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5653]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs