Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
وُقِّتَ للنُفَسَاءِ أربعونَ يوماً؛ إلا أَنْ ترى الطُّهْرَ قبلَ ذلك.
Teks Bahasa Melayu
Diletakkan tempoh untuk wanita-wanita nifas adalah selama 40 hari kecuali jika dia kelihatan sudah suci sebelum itu.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1219, hadis no. 6207. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: وقت للنفساء أربعون يوما؛ إلا أن ترى الطهر قبل ذلك. [هـ، قط، ع، عد، ((الضعيفة)) (5653)].
(Sangat lemah) Daripada Anas RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Diletakkan tempoh untuk wanita-wanita nifas adalah selama 40 hari kecuali jika dia kelihatan sudah suci sebelum itu. [Riwayat Ibn Majah, al-Daraqutni, Abu Ya'la, Ibn 'Adiy. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5653]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman