Dilaknat sesiapa yang bermain catur

TEKS BAHASA ARAB

ملعون من لعب بالشطرنج والناظر إليها كالآكل لحم الخنزير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Dilaknat sesiapa yang bermain catur, dan orang yang melihatnya seperti orang yang memakan daging khinzir.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 200, hadis nombor 623. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

والمرسل حجة عند الجمهور، فغاية الأمر كما قال علي قاري: إن سنده ضعيف، ويتقوى بأحاديث وردت في ذم الشطرنج. والله أعلم.

Hadis mursal adalah hujah di sisi majoriti ulama hadith. Kesimpulannya sebagaimana kata Ali Qari: Sesungguhnya sanadnya daif, dan ia dikuatkan dengan hadith-hadith yang mencela permainan catur. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs