Classification icon

Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Dilaknat lagi dilaknat sesiapa yang memperlagakan dua binatang

Teks Bahasa Arab

ملعونٌ ملعونٌ من أَغْرَى بينَ بهيمتينِ.

Teks Bahasa Melayu

Dilaknat lagi dilaknat sesiapa yang memperlagakan dua binatang.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 440, hadis no. 2358. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «ملعون ملعون من أغرى بين بهيمتين». [خط، «الضعيفة» (6878)].

(Munkar) Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: “Dilaknat lagi dilaknat sesiapa yang memperlagakan dua binatang.” [Riwayat al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6878].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.