Dilahirkan buat Sulaiman bin Daud seorang anak lelaki

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ولد لسليمان بن داود ولد، فقال للشياطين: أين نواريه من الموت؟ فقالوا: نذهب به إلى المشرق!. فقال: يصل إليه الموت. قالوا: إلى المغرب. قال: يصل إليه الموت. قالوا: إلى البحار. قال: يصل إليه. قالوا: نضعه بين السماء وَالْأَرْض؟ قال: نعم. قال: فصعدوا به. ونزل عليه ملك الموت فقال: ابن داود! أمرت بقبض نسمة طلبتها في المشرق فلم أصبها، فطلبتها في المغرب فلم أصبها، وطلبتها في البحار، وطلبتها في تخوم اَلْأَرْضِ فلم أصبها، فبينا أنا أصعد إذ أصبتها فقبضتها. وجاء جسده حتى وقع على كرسيه، فهو قول الله -عز وجل- {ولقد فتنا سليمان وألقينا على كرسيه جسدا ثم أناب}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dilahirkan bagi Nabi Sulayman seorang anak. Lalu dia berkata kepada syaitan: Di mana kita perlu sembunyikan dia daripada ajal kematian? Mereka menjawab: Kita pergi ke timur. Baginda berkata: Akan sampai kepadanya maut. Mereka berkata: Ke barat. Baginda berkata: Akan sampai kepadanya maut. Mereka berkata: Ke laut. Baginda berkata: Akan sampai. Mereka berkata: Kita meletakkannya di antara langit dan bumi. Baginda menjawab: Ya. Baginda berkata lagi: Mereka telah naik dengannya. Kemudian turun malaikat maut. Dia berkata: Ibn Dawud! Aku diperintahkan untuk diperintahkan untuk mengambil roh yang aku cari di timur tetapi aku tidak menemuinya. Kemudian aku mencarinya di barat tetapi aku tidak mendapatinya. Lalu aku mencarinya di lautan dan juga di penjuru-penjuru bumi tetapi aku tidak menjumpainya. Ketika aku naik ke langit, aku bertemu dengannya lalu aku mengambil nyawanya. Setelah itu, jasadnya datang sehingga sampai di atas kursi-Nya dan ia merupakan firman Allah: {Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji Nabi Sulayman (dengan satu kejadian), dan Kami letakkan di atas takhta kebesarannya satu jasad (yang tidak cukup sifatnya) kemudian ia kembali (merayu kepada Kami.} [Saad: 34].

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1542, hadis nombor 7833. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ولد لسليمان بن داود ولد، فقال للشياطين: أين نواريه من الموت؟ فقالوا: نذهب به إلى المشرق!. فقال: يصل إليه الموت. قالوا: إلى المغرب. قال: يصل إليه الموت. قالوا: إلى البحار. قال: يصل إليه. قالوا: نضعه بين السماء وَالْأَرْض؟ قال: نعم. قال: فصعدوا به. ونزل عليه ملك الموت فقال: ابن داود! أمرت بقبض نسمة طلبتها في المشرق فلم أصبها، فطلبتها في المغرب فلم أصبها، وطلبتها في البحار، وطلبتها في تخوم اَلْأَرْضِ فلم أصبها، فبينا أنا أصعد إذ أصبتها فقبضتها. وجاء جسده حتى وقع على كرسيه، فهو قول الله -عز وجل- {ولقد فتنا سليمان وألقينا على كرسيه جسدا ثم أناب})). [طس، عق، ((الضعيفة)) (5993)]

(Munkar)
Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dilahirkan bagi Nabi Sulayman seorang anak. Lalu dia berkata kepada syaitan: Di mana kita perlu sembunyikan dia daripada ajal kematian? Mereka menjawab: Kita pergi ke timur. Baginda berkata: Akan sampai kepadanya maut. Mereka berkata: Ke barat. Baginda berkata: Akan sampai kepadanya maut. Mereka berkata: Ke laut. Baginda berkata: Akan sampai. Mereka berkata: Kita meletakkannya di antara langit dan bumi. Baginda menjawab: Ya. Baginda berkata lagi: Mereka telah naik dengannya. Kemudian turun malaikat maut. Dia berkata: Ibn Dawud! Aku diperintahkan untuk diperintahkan untuk mengambil roh yang aku cari di timur tetapi aku tidak menemuinya. Kemudian aku mencarinya di barat tetapi aku tidak mendapatinya. Lalu aku mencarinya di lautan dan juga di penjuru-penjuru bumi tetapi aku tidak menjumpainya. Ketika aku naik ke langit, aku bertemu dengannya lalu aku mengambil nyawanya. Setelah itu, jasadnya datang sehingga sampai di atas kursi-Nya dan ia merupakan firman Allah: {Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji Nabi Sulayman (dengan satu kejadian), dan Kami letakkan di atas takhta kebesarannya satu jasad (yang tidak cukup sifatnya) kemudian ia kembali (merayu kepada Kami.} [Saad: 34] [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, al-‘Uqailī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5993]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.