Dikurniakan ganjaran untuk lelaki yang menceraikan isterinya, kemudian beliau berkahwin dengan mahar yang baharu

TEKS BAHASA ARAB

إذا أعتق الرجل أمته، ثم تزوجها بمهر جديد؛ كان له أجران.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya seseorang lelaki membebaskan (menceraikan) isterinya, kemudian beliau berkahwin dengan mahar yang baharu, maka baginya ganjaran.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 934, hadis nombor 4802. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا التام)
عن أبي موسى – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا أعتق الرجل أمته، ثم تزوجها بمهر جديد؛ كان له أجران)).
[الطيالسي، حم، ((الضعيفة)) (3364)].

(Lemah Keseluruhannya)
Daripada Abu Musa RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya seseorang lelaki membebaskan (menceraikan) isterinya, kemudian beliau berkahwin dengan mahar yang baharu, maka baginya ganjaran.
[Riwayat al-Tayalisi, Musnad Ahmad bin Hanbal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3364].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.