Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Dikira menipu Allah dan Rasul dan kaum Muslimin apabila melantik pemimpin yang tidak layak

Teks Bahasa Arab

أيُّما رجلٍ اسْتَعْمَلَ رجلًا على عشرَةِ أنْفُسٍ وعَلِمَ أنَّ في العشرَةِ مَنْ هو أفضلُ مِنْهُ فقد غَشَّ اللهَ ورسولَهُ وجماعةَ المسلمينَ.

Teks Bahasa Melayu

Mana-mana lelaki yang melantik seorang lelaki untuk memimpin daripada kalangan 10 orang dan dia mengetahui dalam kalangan 10 orang itu ada yang lebih layak darinya (yakni dari lelaki yang dilantik itu), maka dia (yang melantik) telah menipu Allah dan Rasul-Nya dan jemaah kaum muslimin.

Sahabat Perawi

  1. Huzaifah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 856, hadis no. 4380. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن حذيفة -رضي الله عنه- عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((أيما رجل استعمل رجلا على عشرة أنفس، وعلم أن في العشرة من هو أفضل منه؛ فقد غش الله ورسوله، وجماعة المسلمين)). [ع، ((الضعيفة)) (7146)].

(Lemah) Daripada Huzaifah RA daripada Nabi SAW bersabda: “Mana-mana lelaki yang melantik seorang lelaki untuk memimpin daripada kalangan 10 orang dan dia mengetahui dalam kalangan 10 orang itu ada yang lebih layak darinya (yakni dari lelaki yang dilantik itu), maka dia (yang melantik) telah menipu Allah dan Rasul-Nya dan jemaah kaum muslimin.” [Riwayat Abu Ya’la dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7146].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.