Dijadikan cintaku daripada dunia kamu pada: wanita dan wangian,

TEKS BAHASA ARAB

حديث: حبب إلي من دنياكم: النساء والطيب وجعلت قرة عيني في الصلاة


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Dijadikan cintaku daripada dunia kamu pada: wanita dan wangian, dan dijadikan penyejuk mataku pada solat.


STATUS

Lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 125, hadis nombor 23. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


ضعفه العقيلي.
وقد أخرجه النسائي دون لفظ: ثلاث كما وقع في الإحياء والكشاف قال في المقاصد: لم نقف على هذه الزيادة أعني لفظ: ثلاث إلا في موضعين من الإحياء وفي آل عمران من الكشاف.
وقال العقيلي: ليس في شيء من كتب الحديث وكذا قال الزركشي وابن حجر وقد تكلم عليه في تخريج الكشاف بما لا يستغنى عن مراجعته

Al-Uqaili menilainya sebagai dhaif.
Al-Nasaie meriwayatkan tanpa perkataan “tiga” seperti terdapat di dalam kitab Ihya dan al-Kasyaf, al-Sakhawi berkata dalam Maqasid: “Kami tidak berpegang pada riwayat yang ada perkataan tambahan “tiga” melainkan pada dua tempat di dalam kitab Ihya dan Ali Imran dalam al-Kasyaf”.
Al-Uqaili berkata: “Tidak ada satu pun (yang sahih) dalam kitab-kitab hadith, demikian juga pandangan al-Zarkasyi dan Ibn Hajar, Hadith ini telah dibincangkan di dalam takhrij al-kasyaf yang patut dirujuk kepadanya.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs