Diizinkan kepadaku untuk aku sampaikan tentang malaikat daripada kalangan pembawa Arasy

TEKS BAHASA ARAB

أذن لي أن أحدث عن ملك من حملة العرش، رجلاه في الأرض السفلى، وعلى قرنه العرش، وبين شحمة أذنيه وعاتقه خفقان الطير سبع مئة سنة، يقول الملك: سبحانك أين كنت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Diizinkan kepadaku untuk aku sampaikan tentang malaikat daripada kalangan pembawa Arasy. Kedua-dua kakinya di bumi yang paling bawah dan di atas tanduknya ada Arasy. Di antara dua cuping telinganya dan tengkuknya (berjarak) pergerakan burung selama tujuh ratus tahun. Malaikat itu berkata: “Maha Suci Engkau di mana Engkau berada”.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 561, hadis nombor 2914. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر: «القرن» و: «الخفقان») عن أنس – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «أذن لي أن أحدث عن ملك من حملة العرش، رجلاه في الأرض السفلى، وعلى قرنه العرش، وبين شحمة أذنيه وعاتقه خفقان الطير سبع مئة سنة، يقول الملك: سبحانك أين كنت». [طس، ((الضعيفة)) (6923)].

(Munkar dengan lafaz “tanduk” dan “pergerakan”) Daripada Anas RA, beliau berkata: Baginda ﷺ telah bersabda: “Diizinkan kepadaku untuk aku sampaikan tentang malaikat daripada kalangan pembawa Arasy. Kedua-dua kakinya di bumi yang paling bawah dan di atas tanduknya ada Arasy. Di antara dua cuping telinganya dan tengkuknya (berjarak) pergerakan burung selama tujuh ratus tahun. Malaikat itu berkata: “Maha Suci Engkau di mana Engkau berada”. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6923].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs