Dihimpunkan dosa kejahatan tersebut hingga mereka dibalas pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

أما أنت يا أبا بكر والمؤمنون؛ فتجزون بذلك في الدنيا حتى تلقوا الله وليس لكم ذنوب، وأما الآخرون فيجمع ذلك لهم حتى يجزوا به يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adapun kamu dan orang-orang beriman, wahai Abu Bakr! Kamu akan dibalas kerana perbuatan itu di dunia hingga kamu bertemu Allah dalam keadaan kamu tidak lagi memiliki dosa. Manakala golongan lain, akan dihimpunkan dosa kejahatan tersebut hingga mereka dibalas pada hari kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1253 – 1254, hadis nombor 6405. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي بكر الصديق رضي الله عنه، قال: كنت عند النبي صلى الله عليه وسلم، فأنزلت عليه هذه الآية: {من يعمل سوء يجز به ولا يجد له من دون الله وليا ولا نصيرا}، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا أبا بكر! ألا أقرئك آية أنزلت عليه؟ قلت: بلى يا رسول الله، قال: فأقرأنيها فلا أعلم إلا أني وجدت في ظهري انقصاما، فتمطأت لها، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما شأنك يا أبا بكر؟ قلت: يا رسول الله! بأبي أنت وأمي وأينا لم يعمل سوءا، وإنا لمجزيون بما عملنا؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أما أنت يا أبا بكر والمؤمنون؛ فتجزون بذلك في الدنيا حتى تلقوا الله وليس لكم ذنوب، وأما الآخرون فيجمع ذلك لهم حتى يجزوا به يوم القيامة.
[ت، عبد بن حميد، ((الضعيفة)) (2924)].

(Lemah)
Daripada Abu Bakr al-Siddiq RA, katanya: Pernah ketika aku berada bersama Nabi SAW, lalu turunnya kepada baginda ayat ini: Sesiapa yang melakukan kejahatan, akan dibalas kerana kejahatan tersebut dan dia tidak mendapati adanya wali (pelindung) dan penolong selain Allah. [Surah al-Nisa’, ayat 123], lalu Rasulullah SAW bersabda: Wahai Abu Bakr! Tidak mahukah aku bacakan kepadamu satu ayat yang telah turun kepadaku?. Aku menjawab: Mahu, wahai Rasulullah!, Abu Bakr berkata: Lalu baginda pun membacakan kepadaku ayat tersebut, aku tidak tahu kenapa tiba-tiba aku mendapati belakangku tertunduk, aku pun terbongkok kerananya, lalu Rasulullah SAW pun bersabda: Apa kena denganmu, wahai Abu Bakr? Aku menjawab: Wahai Rasulullah! Demi ayah dan ibuku! Siapakah dalam kalangan kita yang tidak pernah berbuat jahat? Adakah kita benar-benar dibalas terhadap perbuatan kita yang lepas? Rasulullah SAW menjawab: Adapun kamu dan orang-orang beriman, wahai Abu Bakr! Kamu akan dibalas kerana perbuatan itu di dunia hingga kamu bertemu Allah dalam keadaan kamu tidak lagi memiliki dosa. Manakala golongan lain, akan dihimpunkan dosa kejahatan tersebut hingga mereka dibalas pada hari kiamat.
[Riwayat al-Tirmiẓī, ‘Abd bin Humaid. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2924]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs