Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أما أنتَ يا أبا بكرٍ والمؤمنونَ؛ فتجزونَ بذلك في الدنيَا حتى تلقَوُا الله وليس لكم ذنوبٌ، وأما الآخرون فيٌجْمعٌ ذلك لهم حتى يٌجزَوْا به يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Adapun kamu dan orang-orang beriman, wahai Abu Bakr! Kamu akan dibalas kerana perbuatan itu di dunia hingga kamu bertemu Allah dalam keadaan kamu tidak lagi memiliki dosa. Manakala golongan lain, akan dihimpunkan dosa kejahatan tersebut hingga mereka dibalas pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Abu Bakr RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1253 - 1254, hadis no. 6405. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Abu Bakr al-Siddiq RA, katanya: Pernah ketika aku berada bersama Nabi SAW, lalu turunnya kepada baginda ayat ini: Sesiapa yang melakukan kejahatan, akan dibalas kerana kejahatan tersebut dan dia tidak mendapati adanya wali (pelindung) dan penolong selain Allah. [Surah al-Nisa', ayat 123], lalu Rasulullah SAW bersabda: Wahai Abu Bakr! Tidak mahukah aku bacakan kepadamu satu ayat yang telah turun kepadaku?. Aku menjawab: Mahu, wahai Rasulullah!, Abu Bakr berkata: Lalu baginda pun membacakan kepadaku ayat tersebut, aku tidak tahu kenapa tiba-tiba aku mendapati belakangku tertunduk, aku pun terbongkok kerananya, lalu Rasulullah SAW pun bersabda: Apa kena denganmu, wahai Abu Bakr? Aku menjawab: Wahai Rasulullah! Demi ayah dan ibuku! Siapakah dalam kalangan kita yang tidak pernah berbuat jahat? Adakah kita benar-benar dibalas terhadap perbuatan kita yang lepas? Rasulullah SAW menjawab: Adapun kamu dan orang-orang beriman, wahai Abu Bakr! Kamu akan dibalas kerana perbuatan itu di dunia hingga kamu bertemu Allah dalam keadaan kamu tidak lagi memiliki dosa. Manakala golongan lain, akan dihimpunkan dosa kejahatan tersebut hingga mereka dibalas pada hari kiamat. [Riwayat al-Tirmiẓī, 'Abd bin Humaid. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2924]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman