Diharamkan ke atas api neraka tiga jenis mata

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حرمت على النار ثلاثة أعين: عين بكت من خشية الله عز وجل، وعين سهرت في سبيل الله، وعين غضت عن محارم الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Diharamkan ke atas api neraka tiga jenis mata: Mata yang menangis kerana takut kepada Allah azza wa jalla, mata yang berjaga di jalan Allah, dan mata yang menutup daripada perkara yang diharamkan oleh Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2014, hadis nombor 10108. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن معاوية بن حيدة مرفوعا: حرمت على النار ثلاثة أعين: عين بكت من خشية الله عز وجل، وعين سهرت في سبيل الله، وعين غضت عن محارم الله.
[أبو القاسم القشيري في ((الأربعين))، ((الضعيفة)) (3483)]

(Lemah)
Daripada Mu’awiyah bin Haidah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Diharamkan ke atas api neraka tiga jenis mata: Mata yang menangis kerana takut kepada Allah azza wa jalla, mata yang berjaga di jalan Allah, dan mata yang menutup daripada perkara yang diharamkan oleh Allah.
[Riwayat Abu al-Qasim al-Qushairy dalam al-Arba’ein. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3483]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.