Didoakan kepada orang yang bersin itu sebanyak tiga kali

TEKS BAHASA ARAB

يشمت العاطس ثلاثا؛ فإن زاد؛ فإن شئت فشمته، وإن شئت فكف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Didoakan kepada orang yang bersin itu sebanyak tiga kali. Sekiranya dia bersin lebih dari itu, maka sekiranya kamu mahu maka kamu boleh bertasymit kepadanya (mengucapkan yarhamukallah) dan sekiranya kamu mahu, kamu boleh berhenti (iaitu tidak mengucapkannya).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 217, hadis nombor 1155. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبيد بن رفاعة الزرقي، عن النبي – صلى الله عليه وسلم -: ((يشمت العاطس ثلاثا؛ فإن زاد؛ فإن شئت فشمته، وإن شئت فكف)). [د، أبو بكر الشافعي في ((الفوائد))، ابن السني، ((الضعيفة)) (4830)]

(Lemah)
Daripada ‘Ubaid bin Rifa’ah al-Zuraqi, daripada Nabi SAW baginda bersabda: Didoakan kepada orang yang bersin itu sebanyak tiga kali. Sekiranya dia bersin lebih dari itu, maka sekiranya kamu mahu maka kamu boleh bertasymit kepadanya (mengucapkan yarhamukallah) dan sekiranya kamu mahu, kamu boleh berhenti (iaitu tidak mengucapkannya).
[Riwayat Abu Dawud dalam Sunan beliau, Abu Bakar al-Shafi’i dalam al-Fawa’id dan Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 4830]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs