Daif

30/06/2024

minit bacaan



Didoakan kepada orang yang bersin itu sebanyak tiga kali

Teks Bahasa Arab

يُشَمَّتُ العَاطِسُ ثلاثاً؛ فَإِن زَادَ؛ فَإِن شِئْتَ فَشَمِّتْهُ، وَإِن شِئْتَ فَكُفَّ.

Teks Bahasa Melayu

Didoakan kepada orang yang bersin itu sebanyak tiga kali. Sekiranya (bersin) lebih, maka sekiranya kamu mahu maka doakanlah kepadanya. Dan sekiranya kamu mahu, kamu boleh menghentikannya.

Sahabat Perawi

  1. ‘Ubayd bin Rifā‘ah al-Zuraqī

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 94, hadis no. 485. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبيد بن رفاعة الزرقي عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: يشمت العاطس ثلاثاً؛ فإن زاد؛ فإن شئت فشمته، وإن شئت فكف. [د، أبو بكر الشافعي في ((الفوائد))، ابن السني، ((الضعيفة)) (4830)]

(Daif) Daripada ‘Ubayd ibn Rifā‘ah al-Zuraqī, daripada Nabi SAW telah bersabda: “Didoakan kepada orang yang bersin itu sebanyak tiga kali. Sekiranya (bersin) lebih, maka sekiranya kamu mahu maka doakanlah kepadanya. Dan sekiranya kamu mahu, kamu boleh menghentikannya.” [Riwayat Abū Dāwud, Abū Bakr al-Sḥāfi‘ī dalam al-Fawā’id dan Ibn al-Sunnī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4830]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.