Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أدبوا أولادكم على ثلاث خصال حب نبيكم وحب أهل بيته وقراءة القرآن فإن حملة القرآن في ظل الله يوم القيامة يوم لا ظل إلا ظله مع أنبيائه وأصفيائه.
Teks Bahasa Melayu
Didiklah anak-anak kalian dengan tiga perkara: Cinta kepada Nabi kalian, cinta kepada ahli baytnya, dan membaca al-Qur’an. Sesungguhnya pembawa al-Qur’an berada di bawah naungan Allah pada hari kiamat, pada hari tiada naungan melainkan naungan-Nya, bersama para nabi dan pilihan-Nya.
Sahabat Perawi
- ‘Ali bin Abi Talib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Dr. Nur Afifi Bin Alit (Penyelia Dr. Shumsudin Yabi)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini merupakan salah satu hadis kajian Dr. Nur Afifi Bin Alit yang diselia oleh Dr. Shumsudin Yabi dalam Disertasi Kedoktoran Universiti Sains Islam Malaysia bertajuk al-Ahadith al-Wahiyah wal-Mawdu‘ah Fi al-Baramij al-Da‘wiyah al-Tilfiziwniyyyah Fi Malizia: Dirasah Tahliliyah Fi Qanat al-Hijrah, di halaman 186, hadis no. 24. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Hukum Hadis: Sanad hadis ini sangat lemah kerana terdapat rangkaian perawi yang lemah dalam sanadnya, iaitu Ja‘far bin Muhammad bin al-Husayn. Al-Jawrqani (m. 543h) berkata tentangnya: Majruh (tercedera). Begitu juga Hasan bin al-Husayn al-Kufi. Ibn ‘Adi (m. 365h) berkata tentangnya: Dia meriwayatkan hadis-hadis munkar. Manakala al-Dhahabi (m. 748h) menganggap keadaan Salih bin Abi al-Aswad sebagai lemah.
Rujukan
Nur Afifi, A. (2023). Al-Ahadith al-Wahiyah wa al-Mawdu'ah fi al-Baramij al-Da'wiyah al-Tilfizyuniyyah fi Maliziyah: Dirasah Tahliliyyah Qanat al-Hijrah [Doctoral dissertation, Universiti Sains Islam Malaysia]. USIM Research Repository. https://oarep.usim.edu.my/entities/publication/3da60da4-f5a5-4637-a1fb-ab8c2b8731e9/full
Penterjemah | Ridhwan Bin Hussin |
Penyunting | Muhammad Iskandar Bin Mohd Badree |
Penyemak | Dr Nur Afifi bin Alit |
Makluman