Didiklah anak-anak kamu untuk melakukan tiga perkara

TEKS BAHASA ARAB

أدبوا أولادكم على ثلاث خصال : على حب نبيكم، وحب أهل بيته، وعلى قراءة القرآن، فإن حملة القرآن في ظل الله يوم لا ظل إلا ظله، مع أنبيائه وأصفيائه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Didiklah anak-anak kamu untuk melakukan tiga perkara: (Iaitu) mencintai Nabi kamu, mencintai ahli keluarganya dan membaca Al-Quran. Sesungguhnya para pemikul al-Quran akan berada di bawah naungan Allah pada hari yang tiada naungan selain naungan-Nya bersama dengan para Nabi serta golongan Asfiya’-Nya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 193, hadis nombor 995. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن علي – رضي الله عنه – مرفوعا: ((أدبوا أولادكم على ثلاث خصال: على حب نبيكم، وحب أهل بيته، وعلى قراءة القرآن، فإن حملة القرآن في ظل الله يوم لا ظل إلا ظله، مع أنبيائه وأصفيائه)).
[فر، ((الضعيفة)) (‌‌2162)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ‘Didiklah anak-anak kamu untuk melakukan tiga perkara: (Iaitu) mencintai Nabi kamu, mencintai ahli keluarganya, dan membaca al-Quran. Sesungguhnya para pemikul al-Quran akan berada di bawah naungan Allah pada hari yang tiada naungan selain naungan-Nya bersama dengan para Nabi serta golongan Asfiya’-Nya.
[Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 2162]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs