Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَدِّبُوا أولادَكم على ثلاثِ خِصالٍ : على حُبِّ نبيِّكم، وحُبِّ أهلِ بيتِهِ، وعلى قراءةِ القرآنِ، فإن حَمَلَةَ القرآنِ في ظِلِّ اللهِ يومَ لا ظِلَّ إلا ظِلُّهُ، مع أنبيائِه وأصْفِيَائِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Didiklah anak-anak kamu untuk melakukan tiga perkara: (Iaitu) mencintai Nabi kamu, mencintai ahli keluarganya dan membaca Al-Quran. Sesungguhnya para pemikul al-Quran akan berada di bawah naungan Allah pada hari yang tiada naungan selain naungan-Nya bersama dengan para Nabi serta golongan Asfiya’-Nya.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 193, hadis no. 995. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن علي - رضي الله عنه - مرفوعا: ((أدبوا أولادكم على ثلاث خصال: على حب نبيكم، وحب أهل بيته، وعلى قراءة القرآن، فإن حملة القرآن في ظل الله يوم لا ظل إلا ظله، مع أنبيائه وأصفيائه)). [فر، ((الضعيفة)) (2162)]
(Terlalu Daif) Daripada ‘Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ‘Didiklah anak-anak kamu untuk melakukan tiga perkara: (Iaitu) mencintai Nabi kamu, mencintai ahli keluarganya, dan membaca al-Quran. Sesungguhnya para pemikul al-Quran akan berada di bawah naungan Allah pada hari yang tiada naungan selain naungan-Nya bersama dengan para Nabi serta golongan Asfiya’-Nya. [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 2162]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman