Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Didiklah anak-anak kalian terhadap tiga perkara

Teks Bahasa Arab

أدِّبُوا أوْلادَكُمْ على ثلاثِ خِصالٍ حُبِّ نَبِيِّكُمْ وَحُبِّ أهْلَ بَيْتِهِ وقِراءَةِ القُرآنِ فإِنَّ حَمَلَةَ القُرآنِ فِي ظِلِّ الله يَوْمَ القِيامَةِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إلَاّ ظِلُّهُ مَعَ أنْبِيائِهِ وأصْفِيائِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Didiklah anak-anak kalian terhadap tiga perkara; iaitu mencintai Nabi kamu, mencintai ahli keluarga Baginda dan membaca al-Qur'an kerana sesungguhnya orang yang membawa al-Qur'an (dalam dirinya) akan berada di bawah naungan Allah pada hari tidak ada naungan kecuali naunganNya, bersama-sama para Nabi-Nya dan orang-orang terpilih oleh-Nya.

Sahabat Perawi

  1. Ali bin Abi Talib RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 10, hadis no. 28. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Tidak sahih.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.