Didatangkan seorang pemimpin yang adil pada hari kiamat lalu dilemparkan dengan azab yang pedih

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يؤتى بالقاضي العدل يوم القيامة فيلقى من شدة العذاب ما يتمنى أنه لم يقض بين اثنين في ‌تمرة ‌قط.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Didatangkan seorang pemimpin yang adil pada hari kiamat lalu dilemparkan dengan azab yang pedih kerana dia tidak menghakimi antara dua orang pada sebiji tamar pun.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 775, hadis nombor 3968. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمران بن حطان، قال: سمعت عائشة تقول، وذكر عندها القضاة، فقالت: سمعت رسول الله ﷺ يقول: ((يؤتى بالقاضي العدل يوم القيامة فيلقى من شدة العذاب ما يتمنى أنه لم يقض بين اثنين في ‌تمرة ‌قط)). [الطيالسي، ((الضعيفة)) 1142)]

(Lemah) Daripada Imran bin Hattan berkata: Aku mendengar ‘Aishah RA berkata, dan disebutkan di sisinya tentang penguasa. Lalu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Didatangkan seorang pemimpin yang adil pada hari kiamat lalu dilemparkan dengan azab yang pedih kerana dia tidak menghakimi antara dua orang pada sebiji tamar pun. [Riwayat al-Tayalisi dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1142]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.