Didatangkan pemimpin yang zalim pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

يجاء بالأمير الجائر يوم القيامة، فتخاصمه الرعية، يتفلجون عليه، فيقال له: سد عنا ركنا من أركان جهنم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Didatangkan pemimpin yang zalim pada hari kiamat, lalu dia dimusuhi oleh rakyat dan mereka menyerangnya. Lalu dikatakan kepadanya, lindungilah kamu dari tiang dari tiang-tiang jahanam.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 775, hadis nombor 3967. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس- رضي الله عنه – مرفوعا: ((يجاء بالأمير الجائر يوم القيامة، فتخاصمه الرعية، يتفلجون عليه، فيقال له: سد عنا ركنا من أركان جهنم)). [البزار، عد، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (1158)]

(Munkar) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Didatangkan pemimpin yang zalim pada hari kiamat, lalu dia dimusuhi oleh rakyat dan mereka menyerangnya. Lalu dikatakan kepadanya, lindungilah kamu dari tiang dari tiang-tiang jahanam. [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’, Abu Nuaim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1158]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs