Didatangkan kepada Rasulullah SAW seorang tawanan. Maka Ali berkata kepada Fatimah: Pergilah kamu kepada ayahmu

TEKS BAHASA ARAB

تكبيرات، وتسبيحات، وتحميدات مئة؛ حين تريدان أن تناما، فتبيتان على ألف حسنة، ومثلها حين تصبحان، فتقومان على ألف حسنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bertakbir, bertasbih dan bertahmidlah sebanyak seratus kali ketika kamu berdua hendak tidur maka dengan itu kamu berdua akan bermalam dengan seribu kebaikan dan seumpamanya juga ketika kamu berdua bangun pada waktu subuh, kamu berdua akan bangun dengan seribu kebaikan juga.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1506, hadis nombor 7672. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه- قال: قدم على رسول الله – صلى الله عليه وسلم – بسبي، فقال علي لفاطمة: ائتي أباك؛ فسليه خادما نتقي به العمل، فأتت أباها حين أمست، فقال لها: ((ما لك يا بنية؟!)) قالت: "لا شيء، جئت لأسلم عليك"، واستحيت أن تسأله شيئاً، فلما رجعت قال لها علي:" ما فعلت؟" قالت: "لم أسأله شيئاً واستحييت منه". حتى إذا كانت الليلة القابلة قال لها: "ائتي أباك فسليه خادماً تتقين به العمل، فأتت أباها، فاستحيت أن تسأله شيئاً. حتى إذا كانت الليلة الثالثة مساءً؛ خرجنا جميعاً حتى أتينا رسول الله – صلى الله عليه وسلم – فقال: "ما أتى بكما؟! ". فقال علي: يا رسول الله! شق علينا العمل، فأردنا أن تعطينا خادماً نتقي به العمل! فقال لهما رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: "هل أدلكما على خير لكما من حمر النعم؟ " قال علي: يا رسول الله! نعم. قال: ((تكبيرات، وتسبيحات، وتحميدات مئة؛ حين تريدان أن تناما، فتبيتان على ألف حسنة، ومثلها حين تصبحان، فتقومان على ألف حسنة)). فقال علي: فما فاتتني منذ سمعتها من رسول الله – صلى الله عليه وسلم – إلا ليلة صفين؛ فإني نسيتها، حتى ذكرتها من آخر الليل فقلتها. [حل، د، (الضعيفة)) (5321)].

(Munkar dengan kesemuanya)
Daripada Ali bin Abi Talib RA beliau berkata: Didatangkan kepada Rasulullah SAW seorang tawanan. Maka Ali RA berkata kepada Fatimah RA: Pergilah kamu kepada ayahmu dan mintalah daripadanya seorang pembantu agar dapat meringankan kerja. Lalu beliau datang kepada ayahnya pada waktu petang. Rasulullah berkata kepadanya: ((Ada apa denganmu wahai anak perempuan kecilku?)) Beliau berkata: "Tidak ada apa, aku datang untuk memberi salam kepadamu." Dan beliau malu untuk meminta daripada baginda sesuatu. Apabila beliau pulang ke rumah, Ali bertanya kepadanya: "Apa yang telah kamu lakukan?" Beliau menjawab: "Aku tidak meminta sesuatu pun dan aku malu kepadanya". Sehinggalah tiba keesokan malamnya, Ali pun berkata kepadanya: "Pergilah kamu kepada ayahmu dan mintalah daripadanya seorang pembantu agar dapat meringankanmu dengan kerja." Lalu beliau pergi kepada ayahnya namun beliau masih malu untuk meminta daripada baginda sesuatu pun sehingga tiba hari ketiga pada waktu petang. Kami keluar bersama untuk bertemu Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW berkata: ((Apa yang membuat kamu berdua datang?)) Ali pun berkata: "Wahai Rasulullah! Kerja telah menyukarkan kami, maka kami ingin meminta kamu memberikan kepada kami seorang pembantu agar dapat meringankan kerja kami." Kemudian Rasulullah SAW telah bersabda kepada mereka berdua: ((Tidakkah kamu berdua ingin aku tunjukkan satu kebaikan buat kamu berdua yang mana ia adalah lebih baik daripada unta merah (ia merupakan lambang kebaikan yang banyak)?)) Ali pun menjawab: "Ya Wahai Rasulullah!" Rasulullah SAW pun bersabda: ((Bertakbir, bertasbih dan bertahmidlah sebanyak seratus kali ketika kamu berdua hendak tidur maka dengan itu kamu berdua akan bermalam dengan seribu kebaikan dan seumpamanya juga ketika kamu berdua bangun pada waktu subuh, kamu berdua akan bangun dengan seribu kebaikan juga. Ali menyambung: Sejak dari itu, tidak pernah sekalipun aku meninggalkannya selepas aku mendengarnya daripada Rasulullah SAW kecuali pada malam Siffin kerana pada waktu itu aku telah terlupa melakukannya sehinggalah aku tersedar di akhir malam lalu aku mengucapkannya.”
[Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah dan Abu Dawud dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5321].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs