Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تَكْبِيرَاتٌ، وَتَسْبِيحَاتٌ، وَتَحْمِيدَاتٌ مِئَةٌ؛ حِيْنَ تُرِيْدَانِ أَنْ تَنَامَا، فَتَبِيْتَانِ عَلَى أَلْفِ حَسَنَةٍ، وَمِثْلُهَا حِيْنَ تُصْبِحَانِ، فَتَقُومَانِ عَلَى أَلْفِ حَسَنَةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Bertakbir, bertasbih dan bertahmidlah sebanyak seratus kali ketika kamu berdua hendak tidur maka dengan itu kamu berdua akan bermalam dengan seribu kebaikan dan seumpamanya juga ketika kamu berdua bangun pada waktu subuh, kamu berdua akan bangun dengan seribu kebaikan juga.
Sahabat Perawi
- Ali bin Abi Talib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1506, hadis no. 7672. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar dengan kesemuanya) Daripada Ali bin Abi Talib RA beliau berkata: Didatangkan kepada Rasulullah SAW seorang tawanan. Maka Ali RA berkata kepada Fatimah RA: Pergilah kamu kepada ayahmu dan mintalah daripadanya seorang pembantu agar dapat meringankan kerja. Lalu beliau datang kepada ayahnya pada waktu petang. Rasulullah berkata kepadanya: ((Ada apa denganmu wahai anak perempuan kecilku?)) Beliau berkata: "Tidak ada apa, aku datang untuk memberi salam kepadamu." Dan beliau malu untuk meminta daripada baginda sesuatu. Apabila beliau pulang ke rumah, Ali bertanya kepadanya: "Apa yang telah kamu lakukan?" Beliau menjawab: "Aku tidak meminta sesuatu pun dan aku malu kepadanya". Sehinggalah tiba keesokan malamnya, Ali pun berkata kepadanya: "Pergilah kamu kepada ayahmu dan mintalah daripadanya seorang pembantu agar dapat meringankanmu dengan kerja." Lalu beliau pergi kepada ayahnya namun beliau masih malu untuk meminta daripada baginda sesuatu pun sehingga tiba hari ketiga pada waktu petang. Kami keluar bersama untuk bertemu Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW berkata: ((Apa yang membuat kamu berdua datang?)) Ali pun berkata: "Wahai Rasulullah! Kerja telah menyukarkan kami, maka kami ingin meminta kamu memberikan kepada kami seorang pembantu agar dapat meringankan kerja kami." Kemudian Rasulullah SAW telah bersabda kepada mereka berdua: ((Tidakkah kamu berdua ingin aku tunjukkan satu kebaikan buat kamu berdua yang mana ia adalah lebih baik daripada unta merah (ia merupakan lambang kebaikan yang banyak)?)) Ali pun menjawab: "Ya Wahai Rasulullah!" Rasulullah SAW pun bersabda: ((Bertakbir, bertasbih dan bertahmidlah sebanyak seratus kali ketika kamu berdua hendak tidur maka dengan itu kamu berdua akan bermalam dengan seribu kebaikan dan seumpamanya juga ketika kamu berdua bangun pada waktu subuh, kamu berdua akan bangun dengan seribu kebaikan juga. Ali menyambung: Sejak dari itu, tidak pernah sekalipun aku meninggalkannya selepas aku mendengarnya daripada Rasulullah SAW kecuali pada malam Siffin kerana pada waktu itu aku telah terlupa melakukannya sehinggalah aku tersedar di akhir malam lalu aku mengucapkannya.” [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah dan Abu Dawud dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5321].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman