Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Diciptakan pohon kurma, delima dan anggur daripada lebihan tanah (yang digunakan untuk mencipta) Adam AS

Teks Bahasa Arab

خُلِقَتِ النَّخلةُ وَالرُّمَّانُ وَالْعِنَبُ مِنْ فَضْلِ طِينَةِ آدَمَ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ.

Teks Bahasa Melayu

Diciptakan pohon kurma, delima dan anggur daripada lebihan tanah (yang digunakan untuk mencipta) Adam AS.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1656, hadis no. 8359. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي سعيد الخدري قال: سألنا رسول الله صلى الله عليه وسلم من ماذا خلقت النخلة؟ قال: ((خلقت النخلة والرمان والعنب من فضل طينة آدم صلى الله عليه وسلم)). [المحاملي في ((الثالث من الأمالي))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (262)].

(Sangat Lemah) Daripada Abu Said al-Khudri RA berkata: Kami bertanya Rasulullah SAW tentang penciptaan kurma? Baginda menjawab: ((Diciptakan pohon kurma, delima dan anggur daripada lebihan tanah (yang digunakan untuk mencipta) Adam AS)). [Riwayat al-Muhamili dalam al-Thalith min al-Amali, dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 262].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.