Diciptakan Adam AS selepas bacaan surah Taha dan Yasin selama dua ribu tahun

TEKS BAHASA ARAB

إن الله تبارك وتعالى قرأ (طه) و(يس) قبل أن يخلق آدم بألفي عام، فلما سمعت الملائكة القرآن قالوا: طوبى لأمة ينزل هذا عليهم، وطوبى لألسن تتكلم بهذا، وطوبى لأجواف تحمل هذا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah Tabaraka Wa Ta’ala membaca surah Taha dan surah Yasin sebelum Dia menciptakan Adam selama dua ribu tahun. Apabila para malaikat mendengarkan al-Qur’an, mereka berkata: Beruntunglah kepada umat yang diturunkan al-Qur’an ini kepada mereka, dan beruntunglah lidah-lidah yang menyebutkan al-Qur’an ini serta beruntunglah bagi rongga-rongga yang membawa al-Qur’an ini.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1415, hadis nombor 7181. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: إن الله تبارك وتعالى قرأ (طه) و(يس) قبل أن يخلق آدم بألفي عام، فلما سمعت الملائكة القرآن قالوا: طوبى لأمة ينزل هذا عليهم، وطوبى لألسن تتكلم بهذا، وطوبى لأجواف تحمل هذا.
[الدارمي، ابن خزيمة في ((التوحيد))، ابن حبان في ((الضعفاء))، الواحدي في ((الوسيط))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1248)]

(Munkar)
Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah Tabaraka Wa Ta’ala membaca surah Taha dan surah Yasin sebelum Dia menciptakan Adam selama dua ribu tahun. Apabila para malaikat mendengarkan al-Qur’an, mereka berkata: Beruntunglah kepada umat yang diturunkan al-Qur’an ini kepada mereka, dan beruntunglah lidah-lidah yang menyebutkan al-Qur’an ini serta beruntunglah bagi rongga-rongga yang membawa al-Qur’an ini.
[Riwayat al-Darimiy, Ibn Khuzaimah dalam al-Tawhid, Ibn Hibban dalam al-Du'afa', al-Wahidiy dalam al-Wasit dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1248]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.