Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللَّهَ تبارَكَ وتعالى قرأَ (طه) و(يس) قبلَ أن يَخلُقَ آدمَ بألفَي عامٍ، فلمَّا سَمعتِ الملائِكَةُ القرآنَ قالوا: طوبَى لأمَّةٍ يُنزَّلُ هذا عليهِم، وطوبى لألسُنٍ تتَكَلَّمُ بِهَذا ، وطوبى لأجوُفٍ تحمِلُ هذا.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah Tabaraka Wa Ta'ala membaca surah Taha dan surah Yasin sebelum Dia menciptakan Adam selama dua ribu tahun. Apabila para malaikat mendengarkan al-Qur'an, mereka berkata: Beruntunglah kepada umat yang diturunkan al-Qur'an ini kepada mereka, dan beruntunglah lidah-lidah yang menyebutkan al-Qur'an ini serta beruntunglah bagi rongga-rongga yang membawa al-Qur'an ini.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1415, hadis no. 7181. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: إن الله تبارك وتعالى قرأ (طه) و(يس) قبل أن يخلق آدم بألفي عام، فلما سمعت الملائكة القرآن قالوا: طوبى لأمة ينزل هذا عليهم، وطوبى لألسن تتكلم بهذا، وطوبى لأجواف تحمل هذا. [الدارمي، ابن خزيمة في ((التوحيد))، ابن حبان في ((الضعفاء))، الواحدي في ((الوسيط))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1248)]
(Munkar) Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah Tabaraka Wa Ta'ala membaca surah Taha dan surah Yasin sebelum Dia menciptakan Adam selama dua ribu tahun. Apabila para malaikat mendengarkan al-Qur'an, mereka berkata: Beruntunglah kepada umat yang diturunkan al-Qur'an ini kepada mereka, dan beruntunglah lidah-lidah yang menyebutkan al-Qur'an ini serta beruntunglah bagi rongga-rongga yang membawa al-Qur'an ini. [Riwayat al-Darimiy, Ibn Khuzaimah dalam al-Tawhid, Ibn Hibban dalam al-Du'afa', al-Wahidiy dalam al-Wasit dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1248]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman